Sesudah menjalani pembedahan bypass jantung, Jumaat lalu, ayah penyanyi terkenal Dato' Siti Nurhaliza, Tarudin Ismail, 67, telah menghembuskan nafas terakhir pada jam 11.50 pagi tadi (Ahad) di Hospital Ampang Puteri.
Allahyarham Tarudin, bekas anggota polis, meninggal dunia akibat serangan jantung serta komplikasi buah pinggang dan penyakit kencing manis.
Mengesahkan berita menyedihkan itu kepada murai.com.my, sebentar tadi (jam 12.30 tengah hari), kakak ipar Siti, Rozie, berkata Allahyarham mengembuskan nafas terakhirnya di sisi isteri, Siti Salmah Bachik serta anak-anaknya. Beliau meninggalkan 7 anak dan 10 cucu.
"Selain itu, dia turut berpesan kepada Siti (Nurhaliza) agar janganlah menangis," kata Rozie dalam nada terharu.
Kata Rozie, Allahyarham telah menjalani pembedahan bypass jantung pada Jumaat lalu tetapi keadaannya bertambah kritikal sejak semalam.
"Pembedahan bypass jantung itu memang berisiko tinggi tetapi ayah sendiri yang mahukan pembedahan itu. Walaupun semua anak-anaknya tidak sanggup menurunkan tandatangan, abah tetap rela dibedah. Apapun kami sekeluarga menerima ini sebagai ketentuan takdir," kata Rozie lagi.
Ketika ditemui di kediamannya di Bukit Antarabangsa, petang tadi Siti kelihatan terlalu hiba dan sayu dengan pemergian ayahnya kerana sikap Allahyarham sendiri yang sentiasa ceria, bersemangat dan berfikiran positif hinggalah ke saat-saat akhir sebelum beliau dibedah.
"Siti dan semua adik beradik sempat bertemu abah buat kali yang terakhir sebelum abah dibedah di Hospital Ampang Puteri, Jumaat malam lalu. Walaupun abah sakit, dia masih sempat berjenaka dan berbual seperti biasa dengan Siti. Dia berpesan supaya Siti jangan banyak sangat menangis.
"Siti tak sangka rupanya abah hendak pergi buat selama-lamanya. Siti redha dengan pemergian abah walaupun Siti telah kehilangan seorang abah yang tiada gantinya di dunia ini. Sekurang-kurangnya abah telah melihat kejayaan Siti dari mula hingga ke saat ini," kata Siti. Suami Siti, Datuk Seri Khalid Mohd Jiwa juga kelihatan sibuk mengendalikan segala persiapan bagi menyempurnakan jenazah.
Turut kelihatan adik beradik Siti yang lain termasuk Ayie, Saidah, Saerah dan Ali. Yang Dipertua Negeri Melaka, Tun Mohd Khalil Yaakob turut hadir memberikan penghormatan yang terakhir selain rakan artis seperti Datuk Shah Rezza, Erma Fatima, Noniswara dan produser filem Zaiton Mohd Jiwa yang juga kakak ipar Siti.
Jenazah Allahyarham kemudian dibawa pulang dengan sebuah ambulans ke Kampung Tempoyang di Kuala Lipis, Pahang untuk dikebumikan.
(www.murai.com.my)
Teks & Foto oleh Roslen Fadzil
al-Fatihah.. AMIN
6 comments:
al Fatihah... moga ALLAH mencucuri rahmat & mengurniakan keampunan ke atas rohnya.... AMIN.!!!!
takziah utk dato ct sekeluarga:|
AMIN..
yg HIDUP pasti MATI e2 janji ALLAH..
al fatihah juga..takziah..
ermm...alfatihah buat CT sekeluarga..
camne ak merasa kehilangan org yg tsayang??? takutnye...
takut lagi menakutkan..
rasenyer cukop lah..
tak sanggop nak hadapi lagi..
YaAllah panjangkan usia ibu bapaku, kaum keluarga ku serta org2 yg aku sayangi.. amin..
Post a Comment