Monday, July 21, 2008

i am S.I.N.G.L.E.

<..tajok 'poster' tue untok i sorang jer sbenarnyer..takdek kene mengene ngan Pierre Andre..hehehe..promote diri sendiri..>


Pengarah : Pierre Andre..
Pelakon : Farid Kamil, Lisa Surihani, Awal Ashaari & Intan Ladyana..

Sinopsis : I’m Not Single mengisahkan Adam (Farid Kamil) dan Maya (Lisa Surihani) yang dipaksa berkahwin pada usia muda kerana perancangan ibu bapa masing-masing yang bersahabat baik sejak kecil.. Walaupun saling membenci dan langsung tidak mempunyai rasa cinta, Adam dan Maya tiada alasan untuk membantah tambahan pula perancangan tersebut disokong kuat oleh nenek Maya yang tersangat ingin melihat persandingan cucu tunggalnya sebelum beliau menghembuskan nafas terakhir.. Bagaimanapun, Maya sendiri mempunyai teman lelaki iaitu Dani (Awal Ashaari).. Dani dan Maya adalah pasangan kekasih yang telah merancang untuk berkahwin.. Dani seperti tidak dapat menerima kenyataan Maya sudah berkahwin mencari jalan untuk mendapatkan Maya semula.. Mungkinkah “percutian bulan madu” di rumah pusaka keluarga Adam merupakan satu rancangan yang bijak? Pelbagai peristiwa lucu dan mencuit hati berlaku sepanjang mereka tinggal bersama.. Dalam masa yang sama mereka saling mengenal hati budi masing-masing..

Namun Maya masih bertemu dengan Dani seperti dia tidak pernah mengahwini Adam.. Maya masih mempunyai niat untuk melanjutkan pelajaran ke universiti memandangkan usianya baru 21 tahun dan telah pun menerima tawaran dari sebuah universiti luar negara.. Melihat perilaku Maya, Adam menjadi tertekan dan serba salah dengan perhubungan itu.. Sehinggalah pada suatu hari mereka bertengkar dan Maya meminta diceraikan.. Adam terus meninggalkan Maya keseorangan.. Maya menghubungi Dani dan Dani memberitahu Maya yang dia ada bertemu Adam.. Adam telah memberi beberapa pesanan kepada Dani untuk menjaga Maya dengan baik.. Apakah kesudahan perhubungan yang sememangnya tidak sehaluan itu?

Segalanya terjawab pada 24 Julai 2008 dalam filem I’M NOT SINGLE terbitan ke 25 MIG Production Sdn. Bhd. arahan Pierre Andre..

(www.hotfm.com.my)

u.. jom I'M NOT SINGLE..

i luv u..

6 comments:

aizatbest said...

hi,sy aizat..
wah best ke cite ni?
heheh..eh minat Man U gak ke??

.:YoYo:. said...

hai aizat.. thanks for drop by.. hehehehe..

cite tu tgk making off ok jer.. thursday nie baru kua.. typical malay movie lah.. tak berat sgt.. i like..

Man U?? of coz.. all the way from Shah Alam to Old Trafford tue.. hahahaha.. glory2 Man United..

aizatbest said...

ohoh,typical ek..tak best ar,xde ke cite yg radikal sket?heheh..
ohoh..bgs ar man u..
GLORY GLORY MAN UNITED!!
eh thanks link blog sy..

rosyanti.blogspot.com said...

dear yoyo,

yanti dah add link yoyo kat blog yanti ..happy selalu

Beruang Madu said...

nampak macam best tapi mungkin abang tengok kat cd jer...

.:YoYo:. said...

cd?? pirate ker?? hehehehe