Thursday, August 21, 2008

Renung2kanlah..

~Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang~

Ada banyak alasan manusia yang membuat dasar dari hakikat pernikahan.. hakikat yang seperti apakah yang paling membahagiakan?? cuba kita lihat dan manakah pilihan kita..

  • Jika hakikat pernikahan adalah kerana SEX, maka pasangan akan selalu bertengkar jika servis di kamar tidur tidak memuaskan..
  • Jika hakikat pernikahan adalah kerana HARTA, maka pasangan bakal berpisah jika bankrupt..
  • Jika hakikat pernikahan adalah kerana KECANTIKAN, pasangan bakal lari jika rambut mula beruban dan muka kerepot atau badan jadi gendut..
  • Jika hakikat pernikahan adalah kerana ZURIAT, maka pasangan akan cari alasan untuk pergi jika pasangan tidak dapat memberi anak..
  • Jika hakikat pernikahan adalah kerana KEPERIBADIAN, pasangan akan lari jika pasangan berubah tingkah lakunya..
  • Jika hakikat pernikahan adalah kerana CINTA, hati manusia itu tidak tetap dan mudah terpikat pada perkara2 yang lebih baik, lagipun manusia yang dicintai pasti pergi atau mati..
  • Jika hakikat pernikahan adalah kerana IBADAH kepada ALLAH, sesungguhnya ALLAH itu KEKAL dan MAHA PEMBERI HIDUP kepada makhlukNYA.. dan ALLAH mencintai hambaNYA melebihi seorang ibu mencintai bayinya.. maka tak ada alasan apapun di dunia ini yang dapat meretakkan rumah tangga kecuali jika pasangan mendurhakai ALLAH..

No comments: